Thursday, November 29, 2012

Cuti Sekolah 1 - Jalan² Melaka

Assalamualaikum..
Melaka 10.11.2012
Perhentian Senawang, singgah solat Subuh, mandi & breakfast sekali.
Tiba di Melaka tepat pukul 10:00 pagi..
Menara Taming Sari, tgk ja xnaik pun. 
Sebab aku tgk tiang macam condong jer.. haha
terus cakap kat hubby, dia pun xmo naik.. hihi
(p/s : sebenarnya aku takut tinggi, gayat)
budak yang xboleh duduk diam, xbagi org dukung.
Time ni la yg paling dinantikan. Shooping time!
12:30 pm berkumpul di bas untuk bergerak ke Merlimau Melaka, 
ada jamuan makan oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam.. 
Tq, datuk..

Wednesday, November 21, 2012

Saturday, November 17, 2012

Pengantin kuch kuch Hota hai ^__^

Tahniah buat Nur Zawani & pasangan. Terima kasih sbb sudi jemput kami sekeluarga mengikuti majlis resepsi sebelah pengantin lelaki. Takziah buat anda sekeluarga yang baru sahaja 3 hari kehilangan bonda tercinta setelah bertarung nyawa dengan kanser. Berat mata memandang, berat lagi baru memikul. Tambahan inai masih merah di jari dan ada adik yg sedang mengambil peperiksaan SPM. 'hanya yang merasa kan mengerti'. Terukir senyuman di wajah kalian tetapi hanya tuhan yang tahu perasaan kalian ketika ini. :'(
Masa ni, baru lepas make up, cantik juga ya org india yg make up kan!
Tgh tggu che abg solat maghrib. 
Homestay 4 bintang tapi sejadah ada selai ja. 
Satu ja aku perhatikan, indian tu bila las sekali dia bg salam macam lain. 
Mungkin mazhab lain2 kot. ehe..
rayyan peace !
Masa kitaorg dah sampai didewan sgt meriah, 
diiringi dengan alunan kompang, 
tp masa ni xsempat ambil gmbr, tgh dukung rayyan.
Family dari Pendang, Kedah.
sempat lagi mak aku pose dengan diorg. 
sesetengah ja yang paham bahasa Melayu.
Masa ni, bukan rayyan marah ada budak indian tu, 
tp marah sebab org guna kamera aku untuk ambil gambar. 
haha, sangat kedekut dia. bg rayyan, barang umi, 
hanya umi sorg yang boleh pegang. hehe
Muka bangun tidur, semedang xmanis.
acece. nak jugak!
10.30pm majlis tamat. Bergerak pulang kerumah.



Friday, November 09, 2012

Salam Jumaat Uolss

Salam Jumaat daripada aku. Sedar tak sedar kita dah pun masuk ke Jumaat yang seterusnya. Lagi satu hari yang penuh dengan kerahmatan dan keredhaan daripada Allah. 


Fuh! sebenarnya, nak stori malam nanti nak bertolak ke Johor untuk resepsi kenduri adik ipar aku. Perjalanan mengambil masa selama 12jam dari Kedah. Satu ja yang risau. Rayyan! takut dia xselesa atas bas nanti. Semua dah siap packing. Baju rayyan la paling banyak. Gambar nanti aku upload ok. Pagi ni datang kerja dulu, balik terus speed pergi rumah tokwan untuk buat minyak celak. Ni antara yang penting tau bila bawa budak kecik jejalan.


Ok dah. Aku cuma nak share dengan semua satu doa yang boleh diamalkan. InsyaAllah doa ini menjadi pendinding yang kuat daripada gangguan Syaitan tidak kira semasa tidur, berjaga mahupun membuat segala pekerjaan di dunia.


Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Semoga perjalanan pergi dan balik selamat. AMiN

Monday, November 05, 2012

Good Luck Adik!

Selamat menduduki SPM untuk adik bongsu aku.
Ketika ini ujian Bahasa Melayu kertas II di jalankan.
Buat karangan tu elok-elok ya. 
Jangan merapu ja lebih. hmmm 
Al maklumlah adik lelaki. 
Bila suh study cakap dah pandai. 
Ingat pesan abah dan mama. 
Kamu lah pencorak hidup mama, 
selepas kita kehilangan abah.

Good Luck Muhammad Ikhwan Aliff.
Buktikan pada kami 'kamu boleh
Chaiyok ! Chaiyok!

Nah! tips untuk kamu,hmm adik aku baca ka blog aku? 
Tak apalah, yang penting tu semangat

Tips Menjelang Peperiksaan
  • Tidak mensia-siakan biar pun seminit
  • Gunakan masa awal pagi
  • Buat nota ringkas
  • Mengikut jadual sepenuhnya
  • Ulang sebanyak kali yang boleh
  • Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
  • Belajar mengikut rentak sendiri 
  • Persiapan minda sebelum ulangkaji 
  • Elakkan gangguan emosi
  • Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
  • Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
  • Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan


Kesimpulannya,
Belajar adalah suatu seni. Jika kamu tahu menguasai seni tersebut , kamu boleh berjaya biar pun diri kamu mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam kamu untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...