Monday, March 12, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang

anakanda ..

biarpun dunia akan merayakan hari ini untukmu. 

namun, bagiku setiap hari dan hari² seterusnya adalah hari untukmu..



# selamat hari lahir 1st sayang ummi ♥

semoga anak ummi menjadi anak yg soleh, dgr kata org tua..
pandai mengaji Al-Quran..
n berjaya dunia & akhirat..
umi syg omey sgt²..





sekian ya dari bezday boy

:p


Thursday, March 01, 2012

Rahsia pemakanan genius-genius Islam



MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh 

kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. 

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. 

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !  (hah baru tau)
KISMIS 

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. 
CARA MAKAN : 

i)Menghadap Kiblat 

ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali) 

iii)Baca doa penerang hati 

iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti 

makan kacang. 

v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari. 
SUSU SEGAR 

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. 
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. 
CARA MINUM : 

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam 

ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w 

TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan 

berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. 

HALIA 

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. 

Halia ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. 
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. 

LIMAU OREN 

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan. 

BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari." 
DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan 

kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari 

kebiasaannya. 

OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya. 
DAGING AYAM 

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat 

meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. 

DAGING BIRI-BIRI 

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan. 
HATI 

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
KEKACANG 

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya 

kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein 

yang tinggi.

BUAH BADAM 

Untuk meningkatkan kecerdasan. 

ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) 

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu. 
KEMENYAN PUTIH (dengar kemenyen pun rasa takut hehe!!)

(kemenyan serani/luban/kundar) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula. 

BUNGA KOBIS 

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental. 

BUNGA CENGKiH 

Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. 

LABU 

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. 

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI 

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. 

SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori.


Info yang sangat berguna terutama yang ada anak kecil.
dan berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan
sumber : ustaz azhar idrus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...