Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Tragedi Oktober

Assalamualaikum.. 

Rayyan xsihat
kena api....
api apa?
api rokok abah!
hmmmmm
dah la kena time raya
mana nya nak ada klinik o pharmacy bukak.
Abah jawab : xsengaja.
kalau lah umi yg buat semestinya abah berleter kat ummi 'sebakul.
now, dat day abah janji nak stop smoking at home.
tu je?
Ummi xpernah paksa abah to quit smoking actually, 
as ummi know that it's not easy to quit.

Dah 5hr tp luka rayyan masih xkering. 
Hari raya tu, ada la rayyan makan lemang
makin bernanah jadinya. Kulit rayyan so sensitive,
kena sikit ja melarat sampai camtu sekali.

Masa mandi, tanggal baju mesti rayyan nangis.
Abah pun sedih tgk rayyan. Mesti sakit kan!
tp umi xmo la pressure abah sangat,
dia pun dah stress, n menyesal sbb xsengaja terkena dekat rayyan.




Sekian.

Saturday, October 27, 2012

Selamat Hari Raya Sacrifice ♥

Selamat Hari Raya korban ♥
Semoga ibadah korban kita diterimaNya..
dan berazam untuk ke tanah suci Makkah..
InsyaAllah, Amin.




Wednesday, October 24, 2012

Kek Batik Eggless & Al Fatihah

Asssalamualaikum dan Selamat tengahari

Mula sekali nak ucapkan takziah untuk keluarga nenek saudara aku. Jumaat lepas, dia kehilangan cucu dari anak bongsu yang bakal melahirkan anak sulong. Memang sedih kan, tambah lagi mengandungkan anak sulong, aku xdapat bayangkan macam mana la kalau terjadi atas aku. :'(

2 3 hari lepas kejadian tu, dapat berita dari saudara menantunya meninggal dunia selepas melahirkan anak sulong. Alhamdulillah, anaknya sihat. Arwah meninggal selepas koma 4 hari akibat pendarahan yang banyak. Ni baby arwah, dapat anak lelaki. Sedih bila lihat baby ni, xdapat merasai kasih sayang dari seorg ibu. Tp baby ni sudah dapat ibu susuan.

sumber: facebook

Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.

Ok berbalik pada cerita aku pula, Malam semalam ada buat kek batik, kali ni aku buat versi tanpa telur pula. Kek Batik adalah menjadi pilihan sekeluarga, pertama kali belajar buat kek adalah kek batik la. hehe tu pun belajar masa sekolah menengah lagi. 

Kek Batik Eggless
Bahan2 yg di perlukan :
Sumber : kak ana 

  •  biskut marie 200 gram ~ di patah2kan..
  • badam keping yg di sangai terlebih dahulu..
  • Susu pekat stgh tin saje.. (aku guna ¾ aje)
  • Coklat masakan 300 gram ~ kalau takde gantikan je serbuk milo pun boleh..
  • Butter 3 sudu besar..
  • Kacang ~ di kisar kasar.. 
Cara2 membuatnya :

1)      Satukan Butter + Susu Pekat + Coklat Masakan dlm periuk..
2)      Cairkan guna kaedah double boiler.. masak hingga kesemua larut dan cair.. Dah cair sila tutup api..
3)      Masukkan biskut marie yg di patah2kan td dan jugak kepingan badam ke dalam coklat cair td.. gaul biar keseluruhan biskut kena coklat cair td..
4)      Taburkan kacang kisar.. gaul rata lg..
5)      Kemudian masukkan bahan adunan td ke dalam loyang yg dah di balut dgn aluminium foil utk memudahkan proses mengeluarkan dr loyang..
6)      Tekan2 adunan tersebut sampai kesemua mampat tanpa meninggalkan sebarang ruang kosong.. aku tekan guna sudu aje..
7)      Last sekali aku taburkan lg sekali kacang kisar td atas permukaan adunan td.. takyah tekan2 pun.. just tabur gitu2 aje..
8)      Pastu apa lg.. sejukkan le dlm peti ais.. biar semalaman.. tak pun biar 4 jam le dlm peti ais kalo dah tak sabar2 sgt nak mkn.. hehhe
9)      Bila dah keras, keluarkan kek dr loyang.. potong guna pisau yg tajam..

Saturday, October 20, 2012

Tipah tertipu



Sedang aku duduk berehat-rehat, pagi tadii, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Diskrinnya terpapar "private number". Aku pun angkat.

"Assalamualaikum, (slanga seberang)...saya Raja ________bin Raja Sulaiman (aku tak ingat nama dia) bercakap dari Menara Celcom. Saya ingin tahu, anda adalah pemegang nombor telefon 019-________ kan?

"Ya, saya, nak apa?

"Saya ingin beritahu, nombor telefon anda adalah pemenang hadiah Celcom. Nombor anda adalah yang ketiga dalam senarai". Anda menang RM5000.

"Ye ke?" Setahu saya, Celcom tak ada anjurkan pertandingan."

"Iya, anda adalah pemenag hadiah Celcom. Anda ada kad ATM? (waktu ni, aku teringat kat kawan aku yang kena rompak kat mesin ATM, aku juga terfikir, kot-kot orang yang telefon ni, gunakan ayat-ayat pukau dalam telefon, iyelah manalah tahu, zaman canggih sekarang ni, kot-kot dia fuh sekali kat telefon, terus aku pergi bank, tak ke nahas tu....)

"Kenapa pula? Awak nak nombor bank saya ke?" (masa ni aku teringat kat peringatan yang bank selalu bagi, jangan beri nombor bank, atau kemaskini bank melalui email atau telefon)

"Tak, saya tak mahu nombor bank, saya akan ajar awak keluarkan duit RM5000 dari mesin ATM" (masa ni aku tahu mesti tipu, sebabnya kalau menang peraduan, biasanya syarikat akan panggil ambil sendiri di syarikat)

"Tak apa, saya telefon dulu Celcom, sahkan betul ke ada peraduan, baru saya telefon awak balik"

"Kenapa tak percaya? (waktu ni suaranya sedikit tinggi, dan kedengaran memang bukan pekerja Celcom, sebab, selalunya di awal perbualan dia akan sebut perbualan ini dirakamkan, untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami....bahasa yang digunakan kasar dan kedengaran dari seberang bukan orang tempatan).

"Saya telefon dari menara Celcom, tahukan menara Celcom? Kalau awak tak percaya, boleh buat aduan polis di Bukit Aman sini..."

"Iyalah, saya telefon Celcom dulu, nanti saya telefon awak balik..."

"Awak boleh telefon Celcom 1111" (marvelous betul orang ni, siap bagi no careline Celcom tu)

"Ok Assalamualaikum" aku memutuskan talian

Aku pun mendail Celcom careline.

"Saya nak tanya, Celcom ada peraduan nombor telefon ke? Sebab saya menerima panggilan telefon yang kata saya menang hadiah Celcom, nombor saya adalah yang ketiga dalam senarai..."

"Cik, Celcom tidak pernah mengadakan sebarang peraduan seperti itu. Itu tak betul cik..."

"Oh, harap Celcom ambil perhatian benda ni, takut orang kena tipu nanti"

"Ok, terima kasih"

Legalah hati aku. Si penipu itu bernasib baik sebab tak telefon aku balik, kalau tak, mau aku buat laporan di balai polis Bukit Aman seperti yang dicadangkannya...hahaha

Friday, October 19, 2012

Pantun Pesbuk ^_^

~ PANTUN FB PUNYA ANGKARA ~


Dua minit sekali keluar post dia,
Sampai nak ke jamban pun di cerita
Dia ingat kawan-kawan nak tahu agaknya,
Dia tak tahu kita yang muak membaca..

Ada pulak yang marah tak kena masa,
line internet problem pun nak di marahnya,
Keluarlah ayat macam tak tiada agama,
Tapi sesekali judge book by its cover ya....

Tak kurang jugak yang bicara hal agama,
Walau tak banyak tapi berguna,
Buat peringatan kengkawan yang alpa,
Moga teknologi tak salah guna...

yang lain asyik duk like saja,
tak kira ape post tak kira siapa tuannya,
Ada kala x baca pun isi cerita,
Yg penting like dia mesti ada...

Yang lagi satu cerita hal cinta,
Bergambar profil macam da kompom itu laki dia,
mula la keluar ayat manis dari gula,
kita tengok lagi sehari kecewa ke gembira...

Ada yang tulis suka suka ,
kadang mengarut kadang berduka,
Mencari kenalan sekadar teman bicara,
Mana la tahu,sangkut sorang dua...

Tulah dia FB punya angkara,
Ada baik ada buruknya,
Elok dipakai elok la dia,
Tepuk dada tanya selera..(x_x)..

Wednesday, October 17, 2012

^__^


Isteri merajuk manja sebab suami tak minum teh yang dibuatnya pagi tadi..

Suami cuba memujuk , tetapi isteri tetap berdiam diri. Berjam2 lamanya, sehingga suami 

membongkar satu rumah mencari sesuatu. Tak sabar ngan karenah suami yang 
menyelerakkan barang2, isteri pun bertanya

Isteri : Abang cari apa nie?


Suami : Suaramu Sayang.. :)


:: ololololo... comel ^_^



Demam durian Crepe

Demam durian crepe melanda, dalam fb dalam blog semua pakat bercerita tentang nikmatnya bila dapat makan durian crepe. Hal itu membuatkan aku xdapat tido, rasa macam ada dihujung2 lidah ja. aduhh lebih pada org mengidam la pulak.

Kebetulan, ada durian dlm frozen aku. So, apalagi barang suma dah ada. Semalam pukul 11 mlm aku start buat. Ikut resepi dalam blog kak Ana. Best bila masuk blog kak ana, tutorial dia pun senang nk paham. Yang lain jgn kecik hati pula ya! Blog yang saya walking/stalker suma best. Blog saya yang xcantik kan. Sebab tu xramai folowers. huhu (emosi sat)

Ok dah! terlebih emosi semalam sebab dapat tgk adam & hawa. Baru petang semalam technicion Astro datang untuk upgrade Beyond. Sebelum ni marathon tgk dalam dailymotion. Memang xpuas sbb line sgt slow. 

Lebih kurang pukul 12 baru siap, memang niat nak mencuba ja dulu. Dapat la dalam 6 ketul, tp aku buat agak tebal jadi bila gulung crepe nak pecah. Then bg la en asben rasa, tp dia xlalu la pulak sbb ada durian (sambil buat muka berkerut seribu). Dia makan seketul ja pastu xnak dah. dalam xlalu tu habis juga seketul,hikhik. Aku pun try la. huh memang xlalu la weyh. Bukan aku buat xsedap ye tp sbb bila crepe tu tebal sikit campur pula dgn cream+durian rasa nak mual. (agak kekampungan kah kami ni) tp apapun hah puas hati juga sbb dpt buat walaupun sefamily xsuka.

Yang selebihnya masuk dlm Cik Tong. Sekurangnya, nt bila org bercerita xdala nampak aku ni jakun sangat kan. haha :p Sekian, wassalam. Gambar xda! hehehe

#entry xdak motif

Monday, October 15, 2012

Donut Mayoo

Assalamualaikum

Hari ni semangat bangun awal semata nak siapkan donut untuk bawa breakfast ke pejabat.. Kat pejabat aku, letak la apa pun semua licin, hahaha. Purata 80% semua pekerja lelaki. Sebab tu lah aku suka masak, bila ada org suka makan..
Donut ni aku amik resepi dari blog kak Azlita Masam Manis.. kat situ banyak bagi tips untuk buat donut, memang mudah la bg aku yg baru terkial-kial nk belajar kuih tradisional ni. hee :p

Lebih kurang setengah jam jugak aku uli untuk dapatkan donut yang betul2 lembut dan gebu. Dah siap semua budak kecik tu la yang rasa dulu. Habis 2 biji dia makan, alhamdulilah tu bermakna donut aku lembut~ lega! xcaya ekk? Meh sini bukak mulut nk suap. 

Kat sini aku letak resepi dan tips dari kak Azlita..

Donut Mayo

330 gram tepung gandum dapat 20 biji
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk aku guna susu segar
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula 
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil) aku guna mauripan
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread Maker (BM) 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Wednesday, October 03, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Kisah Budak 1tahun 6Bulan

Assalamualaikum

Syukur, rayyan sekarang dah 18 bulan sejak 12/9/12 lepas. Di usia ini, rayyan ter'sangat la aktif, bijak, manja dan makin menjadi penakutnya. kenapa ya? Salah ummi kah selalu mengusik rayyan.. bila xmo tidur ja ummi selalu usik.. sampai sekarang xnak langsung tidur sebelah tepi. mesti port rayyan bersebelahan ummi ngan abah.. haipp xkasi can la abah peluk umi.. hahahaha :p bila bangun tidur tgk xdak sapa dah pandai menangis selagi ummi atau abah yg ambil dia. 



alhamdulillah, proses bercakap baru bermula. lama benar ummi tgu nak dengar suara rayyan yang merdu itu.. hahaha dah makin banyak perkataan dia belajar. tapi kebanyakan perkataan yang dia sebut tu dia belajar sendiri jer. dia selalu ikut mulut kita sekarang kalau kita tak suruh. kalau kita ajar dia tak nak ikut.


contoh : bila ummi usik cicak, cicak "
boleh ja dia ikut cak cak cak "

tapi lepas tu kalu ajar panggil ummi ke, nani ke jgn harap nak ikut, abah cepat pula dia belajar, uish jeles ummi tau.. ummi jadi umma', bila nani jadi na'..

dah pandai menari, bila dengar anak kampung, untuk dia dan gangnam style.. tp ummi bukak utube versi kampung style, sbb abah xkasi bukak gangnam style, dia cakap xpaham apa bahasanya nt anak tiru pula..

bila dengar azan mesti letak tangan kat dua belah telinga.. (belum sempat nak ajar, tgk dah pandai) lega!.. 
lagi satu bila dengar lagu arab pun mesti dia letak tangan dekat dua belah telinga jugak.. hahaha ~ rayyan ingat azan jugak ker?

pantang dengar orang bersin ngan batuk. sure dia yang lebih-lebih meniru. 
suka lagu chicken dance. Suka minum air ais, sgt xbgus utk kesihatan dia tp nk buat mcm mn, abah minum tunjuk depan dia..

dan paling ummi suka semalam timbang rayyan dah naik 400gram, 10.7kg. ok la tu kan, xnak anak ummi jadi obes pula. biar ummi dah la yang terlebih berat. hahaha

bila bukak baju ja, terus letak dalam raga tepi mesin basuh, sgt good. terus masuk bilik air, main air dan sekali air dalam timba dia sedut.


aktiviti rayyan di kala malam, semua org letih layan dia, dia main sorg2 jew..
abah tgk bola, ummi baca novel. Sambil kayuh basikal sebut cang'cang' (ais kacang. ais kacang) yg ni ummi ajar.. haha

Kalau ummi cerita pasal rayyan memang xhabis. setakat ini dulu, doa ummi moga rayyan jadi anak yang baik, alim, pandai mengaji al quran. sihat, dengar cakap org tua dan jgn manja sgt. Nt kalau ada adik achener tu? hahaha :p

Sekian dari ummi
p/s : anak soleh permata ummah

KISAH MALAM PERTAMA: JANGAN CABUT SAMPAI ESOK..!!



Malam pertama buat sepasang pengantin baru. Si suami baru saja memadamkan lampu bilik. Selang 15 minit si isteri mengerang.

"Adui.. Sakitnya B… !”

Si suami cuba menenangkan isterinya.

"Jangan nangis baby.. Nanti mama papa dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.."

Kebetulan bilik mama papa hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Si isteri masih mengerang kesakitan.

“Sakitnyerrr B………"

Kerana tidak dapat menahan sakit, si isteri terus mengerang. Si suami cuba memujuk.

"Sabar ye Baby! Tahan sikit.. Esok baru cabut."

Tanpa disedari rupanya papa mengikuti perkembangan pengantin dan terdengar anak perempuannya mengerang. Mula dia tidak peduli, biasalah malam pertama. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Lantas terus dia bangun, pergi ke bilik sebelah dan terus menendang pintu bilik pengantin.

Dengan rasa geram papa memarahi menantunya.

"Apahal ni? Mati lah anak aku kalau esok baru kau nak cabut! Kau cabut sekarang!!!"

Terkejut besarlah pasangan pengantin baru. Sambil menahan sakit, si pengantin perempuan pun berkata kepada papa nya..

"Papa, takkanlah sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"

SUMBER : FACEBOOK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...