Sunday, July 29, 2012

di Sudut Kamar Hatiku


Sudah 2 kali Ramadhan abah tinggalkan kami.. Rasa seperti semalam abah pergi, masih terngiang-ngiang lagi suara abah menyapa saya.. Teramat rindukan abah, hanya tuhan yang tahu.. Waktu berbuka puasa sekarang tidak semeriah dulu. Sekarang setiap pagi raya pula kena ziarahi kubur, pilu dan sayu ja hati ini di sampai di kubur arwah, teramat sedih bila kubur abah bersebelahan kubur arwah ibu saudara saya (kakak abah yang tersayang) yang meninggal 99 hari selepas ketiadaan abah.. urmm, nanti ye saya ceritakan pasal arwahyarhamah ibu saudara saya yang meninggal akibat cancer.. 
Abah, tenanglah kau disana.. 
Mohon kalian sama-sama sedekahkan al - fatihah untuk arwah 
abah saya ~

ARWAHYARHAM ABD RASHAD BIN HJ TAIB
.
.
.
.
.
.

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu 
taktertanggung
Indah suasana tika bersama 
Siang dan malam seolah di alam syurga 
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya
Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada
Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta
Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...
Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
p/s : kita layan ja lagu ni, kalau sesapa pernah kehilangan org tersayang, dengar lagu nih mesti tersentuh.. Saya amat tersentuh dengan liriknya, apatah arwah abah saya pun sukakan lagu nyanyian Jamal Abdillah.

Ya Ramadhan !!


Bila Ramadhan memanggilmu
Mengetuk pintu hidupmu
Sambut ia sepenuh rindu
Dakap ia sepenuh cinta
Dan biarkan jemari indahnya
Merangkuhmu dalam istana ampunan-Nya

Bila Ramadhan memanggilmu
Sambutlah ia seumpama tamu istimewa
Kenanglah kelopak hari-hari
Yang telah luruh berguguran
Kenanglah seumpama petanda
Bagi engkau sang penerus perjalanan
Bersiap menjemput giliran
Bila tak lagi kau jumpai ia
Ramadhan di tahun depan

Bila Ramadhan memanggilmu
Bersihkan hati dari segala dengki
Sucikan jiwa dari segala prasangka
Bersihkan raga dari segala dosa
Bila Ramdhan memanggilmu
Berlarilah menjemput panggilan-Nya

Friday, July 27, 2012

Jumaat Yang Indah :)


Assalamualaikum..


hari ke-7 puasa & jumaat pertama ramadhan kali ini . Sangat suka jumaat sebab cuti (KEDAH PERLIS), bolehlah terlajak sikit tido kan! haha, teruknya kau yuyun.. 
hari ni cuti bolehla masak special sikit untuk en.asben yuyun.. Tekak ni cam teringin nak makan mee rebus la, tp yang homemade punya xnak la kat yang dekat Bazar.. x besh ! haha .. tp en asben minta buatkan char koewteow.. x apa la syg demi mu ummi sanggup buatkan.. haha .. tgk gambar bawah, terliurnya kan! macam xsabar nak berbuka..
                                      
  char koew teow
gambar pinjam enbaikhati..

 mee rebus
gambar pinjam enbaikhati..

Alhamdulilah Rayyan dah sihat sikit, 
dah boleh bermain, senyum, yang paling suka, 
ajuk n sakat ummi.. haha, 
apapun ummi berdoa anak ummi sihat hendakNya.. 
amin..


Wednesday, July 25, 2012

Penyakit Sawan Tarik - Langkah Mengatasinya

Assalamualaikum dear all mommies..

Tq sebab sudi jenguk entry saya, terharu sgt dengan komen kalian.. 
Semoga anak kita sihat dan sama2 diberkati hendaknya kan! 
Sejak kejadian tu, sy banyak buat research 
tentang penyakit sawan tarik ni.. 
Sebab sy xnak lagi terjadi kat rayyan.. 
Info begini memang penting untuk para ibu bapa di luar sana 
apatah lagi ibu seperti sy 
yang mempunyai anak yang pernah terkena 
sawan tarik baru-baru ni. 
Kasihan Rayyan. 
Tak sanggup sy nak tengok dia sakit camtu. 
So, penting untuk sy abadikan segala info 
tentang sawan tarik di blog sendiri. 
Ya Allah, jauhkanlah segala malapetaka 
dan penyakit daripada kami sekeluarga, Amin.
Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah?
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun. Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai…
Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas. Penyakit sawan atau ‘fits’ ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.
Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2.Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketika dilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.
Bagaimanapun demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut? Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau ‘tarik-tarik’.
Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi. Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.
Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun. Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun. Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Peringatan!!!!
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.
Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.
PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.
  • Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.
Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.
  • Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.
Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.
  • Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.
  • Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.
Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat… amin…
Ummi loves Rayyan sesangat..
semoga cepat sembuh ya anak ummi !!




Tuesday, July 24, 2012

Al-kisahnya 1st Ramadhan

Asalamualaikum w.b.t
Al-kisahnya pada hari pertama puasa memang aku xdpt lupa sampai bila-bila..
  • 8:00pm - rayyan diserang sawan tarik.. pes time terjadi kat rayyan & pes time terjadi dlm keluarga aku.. memang xtau nak buat apa masa tu.. Mujur mama ada.. cepat2 siram air dari kepala ke kaki..
  • 8:05pm - rayyan dah sedar, kemudian muntah-muntah ..
  • 8:15pm - bertolak ke hospital
  • 8:45pm - sampai d hospital, teus masuk Resus Zone(aku sgt phobia sebab abah meninggal dalam bilik ini)..
  • 8:50pm - doktor terus check up rayyan suhunya 40degrees ++ .. Subhanallah, aku terlalu ambil mudah.. ummi sgt menyesal sayang.. ummi ingat sayang cuma demam biasa, ummi cuma bagi ubat dan jelum saja.. ummi lah org paling menyesal kalu apa2 terjadi kat sayang..
  • 9:10pm - Admit Ward.. InsyaAllah, ummi akan jaga sayang sebaik2nya..
d.a.y I
d.a.y II
Dr. cakap 30% lagi akan terjadi pada rayyan sehingga umur 6 tahun.. (tp ummi xmau sayang sakit camni lagi.. ummi x mampu nak hadapinya) .. Jadi, para ibu jgn ambil mudah ya.. pesanan untuk diri sendiri jugak..

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433h

Salam Ramadhan dear all blogger.. 



Semua nak hapdet pasal 1st ramadhan .. 
wee, aku pun!! hehe .. padahal xdapat posa lagi pun..
tp syukur segalanya berjalan dengan lancar ~
Alhamdullilah kerana masih di beri kesempatan 
untuk merasai Ramadhan pada kali ini.. 
Moga2 akan di beri kesempatan untuk tahun yang seterusnya..

Thursday, July 19, 2012

Budak extreme la sgt !!

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam rayyan ikut tok nani dia balik kampung ambik buah dekat dusun.. Keasyikan bermain sampai jatuh tangga.. hai la busukmasam ummi ni.. Bila la nak paham kan!! Dlm pukul 5ptg camtuh maksu aku kol, "kakak rayyan jatuh tangga" .. dupdapdupdap la jantung bila dgr. Dlm hati hanya Tuhan ja yang tau perasaan aku time tu..Dah tu mula la berpikiran yang bukan-bukan.. YaAllah mudahan sikit aja la kan..

Katanya masa rayyan tgh main tu, kakinya tergelecah dari tangga tingkat atas.. sekelip mata ja, xsempat nak sambut. Benjol jugak la kat dahi, tp dah tuam dgn air panas, dah surut .. 
hmm.. rayyan bila balik kg jumpa geng memang xkan duduk diam, ada saja benda yang dia nak teroka.. nak main.. 
haissh anak ummi ni. . behave la sikit.. 


moga cepat sembuh ya omey ummi !!
Lainkali be a good boy ok !!

Dah post dalam pesbuk, hehehe
tq, ada jugak org yang cares kan rayyan ni..
& tq pada yang sudi bagi tips2 surut bengkak tu..

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday

rindu rayyan masa ni..
behave je dia..
:p





ummi syg rayyan sgt ..
love abah rayyan jugak .. hehe

Tuesday, July 17, 2012

ngko hader !!

Assalamualikum w.b.t.

Sedikit coretan untuk hr ini..
Tujuan aku berbloging hanyalah sekadar suka-suka .. 
tiada kena mengena antara yang hidup mahupun sudah meninggal.. 

Sebenarnya best jugak bila ada blog sendiri.. 
buat apapun mesti ingat blog kan, 
apapun situasi nya mesti yg aku ingt nk snap gambar, 
lately en.asben tegur "aik ummi ni nak pakai baju rayyan pun mesti pegang camera ka?
Rasa menyesal ja sbb xmula bloging dr dulu lagi.. 
kalu x msti dah ramai followers kan!! xpa chaiyok chaiyok...

positifnya :-
1) dapat ramai kawan
2) blh share resepi, life n apapun yg dirasakan patut kan!
3) diari dimasa hadapan

ehmm ada sorg hamba Allah ni cakap 
"ngko ni sekarang ada blog bagai, ngko ingt ngko artis ker? 
aduh cteknya pemikiran ngko kan wahai manusia..
"kalu aku bajet artis sekalipun ada aku kacau ngko ka?? cer jawab tgk?
sekurangnya aku ada blog kan .. bak kata Azwan Ali ngko hader?

Harap maaf bg pihak yang terasa.. 
Sapa makan cili dia yang terasa pedasnya..
auuww.. Ramadhan dah dekat.. ampunkan siap2 ye.. 
Sekian. Wassalam.. p.e.a.c.e !!

Friday, July 13, 2012

Belated Besday Rayyan

Assalamualaikum..
dah seminggu berlalu kenduri belated bufday tuk rayyan..
06/07/12 ritu tp xsempat la nk update.

Sebenarnya bufday Rayyan bulan 3 lepas.. 
rancang nk celebrate bulan 5 tp xjd di atas sebab-sebab tertentu ..


las minute deco :p 

 antara tetamu yg hadir : terima kasih di atas bacaan yasin
semoga bacaan kita diberkati oleh Allah..

 pink kaler tu, pic tuan tanah, alahai gemukss nya.. huaa
doa2 ya bulan puasa nt blh turun 5 kg.. hahaha




besday boy buat perangai .. xmo bergambar .. 
ummi geram sgt xsempat nk potong kek n begambar dgn dia.
tahun depan insyaAllah (kalu dipanjangkan umur)
buat besday adik jgn buat perangai lg ok.

 my maksu & my makcik yg hot..

 my maklong & my makteh yg sweet :p

adik bongsu saya ..
suka gambar ni sbb saya nampak kurus sikit (perasan la tu) 
hehehe :p


ni ja antara pic yg berjaya snap,
xsempat nk amik pic makanan yg sedap-sedap tu.
dgn en. asben pun xsempat nak ambik.
Sekian.

Sunday, July 08, 2012

tiramisu s.e.d.a.p

:: Dessert tiramisu simple ::

senang ja nak buat.. 
aku ceduk resepi ni dr blog kak ana menggunakan bahan2 yg mudah didapati..
Alhamdulillah, suami & anak suka(anak mkn sikit ja, abahnya yg banyak) hahaha..



Bahan-bahan 
  • 250g cream cheese
  • 100g whipping cream
  • 1/4 cawan gula
  • secawan bancuhan nescafe
  • kek sponge
  • serbuk koko

Cara-cara
  • Pukul cream cheese, whipping cream dan juga gula hingga sebati.
  • Celup kek sponge sesaat dua ke dalam bancuhan nescaffe. Kemudian susun ke dalam gelas. Cedokkan adunan cheese dan sapu rata ke atas kek sponge.
  • Taburkan serbuk koko dan susun semula kek sponge di atasnya kemudian adunan cheese. Buat sehingga habis.
  • Sejukkan semalaman dahulu di dalam peti sejuk. Tapiskan serbuk koko semasa menghidang.


Thursday, July 05, 2012

Kelebihan Nisfu Syaaban

MALAM PENGAMPUNAN

SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan).”
Imam al-Auza’i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani’: Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya.”
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah RA berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda SAW di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah RA berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.”
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: “Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud AS “Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya.”
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka.”
Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
“Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim.”

KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN

Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Rujukan:

Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.



tinta terakhir buat abah

Assalamualaikum
Sebenarnya hari ini 14 Syaaban. genap setahun pemergian ayahanda tercinta. 
Abah pergi di malam nisfu syaaban, tarikh keramat yg tidak akan sy lupakan..

Di kala umat islam menunaikan amalan membaca yasin 3x pada malam itu, kami dikejutkan dgn berita abah telah pergi buat selama lamanya.. dalam sekelip mata nokk .. aduh menitis lagi air mata ni..
 sy rindu abah sy sgt...


Abah,
Dah setahun abah pergi meninggalkan kami, mama, anak-anak abah, dan cucu-cucu abah. Rindu kami pada Abah....



ni surat perakuan kematian n sebab kematian ayahanda tercinta.abah meninggal akibat serangan jantung ataupun heart attack..sy xblh pandang surat itu sehingga ke hari ini,, xpa sy bekongsi jap ng uollss.

16 July, maghrib tahun lepas, 

abah pergi meninggalkan kami begitu saja secara mengejut, abah tak menunjukkan tanda apa2 pun.. Sakit tidak, demam pun tidak.. Tiada sebarang pesan ditinggalkan buat kami.. Paling aku terkilan, abah pergi tanpa aku sempat aku kucup tangan dia dan minta maaf dari dia, tanpa aku sempat lafazkan betapa aku sayangkan dia, sedangkan dia selalu nasihatkan aku bagitahu betapa dia sayangkan anak2 dia, aku ego.. 
Aku selalu sorokkan perasaan sayang aku...


Dan yang lebih menyedihkan, 
abah pergi tanpa sempat melihat cucunya yang pertama membesar
 sedangkan abah merupakan orang yg paling eksaited dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga kami...


Aku keluar berjalan longlai dari emergency tok cari suami, suami yang tengah jalan ke arah aku terkejut tengok aku menages tanpa henti... Aku hanya mampu berkata "saya dah jadik anak yatim, bang... Abah dah takda lagi".... 
Suami segera memelok dan memujuk aku jangan bersedey, 
lebih2 lagi aku baru lepas pantang.
Pas je selesai sume urusan di hospital, 
jenazah di bawa balik tok dikebumikan keesokan harinya. 
Aku benar2 rindukan arwah abah, rindukan nasihat dia.. 
Apa yg mampu aku buat adalah sedekahkan 
Al-Fatihah dan Bacaan Yassin je buat arwah kat sana.. 

Mari kita sama-sama sedekah al fatihah buat arwah abah saya yg tercinta.
semoga rohnya ditempatkan dikalangan para as solihin .. amin..


Abah..
Abah “tidurlah” dan “rehatlah”... kami akan sentiasa rindukan Abah, dan doakan Abah dari sini. Insyaallah, kita jumpa lagi “di sana”.......

ABAH .. I will always love u .. 
love mama, love our family..


RAYYAN pun rindukan abah...










Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday -___-

 layan ja gambaq dak demuk ni.. 

:p





rayyan rizqie & putra zamir hilman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...