Wednesday, July 25, 2012

Penyakit Sawan Tarik - Langkah Mengatasinya

Assalamualaikum dear all mommies..

Tq sebab sudi jenguk entry saya, terharu sgt dengan komen kalian.. 
Semoga anak kita sihat dan sama2 diberkati hendaknya kan! 
Sejak kejadian tu, sy banyak buat research 
tentang penyakit sawan tarik ni.. 
Sebab sy xnak lagi terjadi kat rayyan.. 
Info begini memang penting untuk para ibu bapa di luar sana 
apatah lagi ibu seperti sy 
yang mempunyai anak yang pernah terkena 
sawan tarik baru-baru ni. 
Kasihan Rayyan. 
Tak sanggup sy nak tengok dia sakit camtu. 
So, penting untuk sy abadikan segala info 
tentang sawan tarik di blog sendiri. 
Ya Allah, jauhkanlah segala malapetaka 
dan penyakit daripada kami sekeluarga, Amin.
Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah?
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun. Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai…
Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas. Penyakit sawan atau ‘fits’ ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.
Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2.Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketika dilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.
Bagaimanapun demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut? Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau ‘tarik-tarik’.
Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi. Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.
Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.
Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun. Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun. Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk, susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Peringatan!!!!
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.
Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.
PETUA MUDAH MERAWAT BAYI YANG DEMAM.
  • Bayi yang demam atau kurang sihat pasti meragam dan anda juga pasti tidak dapat berehat dengan secukupnya. Jangan anda ambil mudah kerana jika panas badan terlalu tinggi, bayi anda mungkin akan terkena sawan. Anda boleh mencuba petua ini sementara anda dapatkan rawatan di hospital atau anda boleh melakukannya sebagai ikhtiar.
Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa.
  • Caranya ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat,sapukan air ramasan asam jawa tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala.Anda akan dapati , panas badan bayi anda akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari.
Mengurangkan panas badan dengan beras pulut.
  • Petua ini di ajar oleh ibu mertua saya ketika anak saya yang ke empat telah masuk minggu ke dua tidak sembuh. Caranya ambil segengam beras pulut dan di goreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan.
  • Setelah itu ambil sedikit beras pulut yang telah di goreng tadi dan di campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan di tapis.Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut. Lebihan beras tadi boleh di buat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas dan di buat mandian. Insyaalh panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.
Semoga anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang sihat walafiat… amin…
Ummi loves Rayyan sesangat..
semoga cepat sembuh ya anak ummi !!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...