Tuesday, October 02, 2012

Kisah Budak 1tahun 6Bulan

Assalamualaikum

Syukur, rayyan sekarang dah 18 bulan sejak 12/9/12 lepas. Di usia ini, rayyan ter'sangat la aktif, bijak, manja dan makin menjadi penakutnya. kenapa ya? Salah ummi kah selalu mengusik rayyan.. bila xmo tidur ja ummi selalu usik.. sampai sekarang xnak langsung tidur sebelah tepi. mesti port rayyan bersebelahan ummi ngan abah.. haipp xkasi can la abah peluk umi.. hahahaha :p bila bangun tidur tgk xdak sapa dah pandai menangis selagi ummi atau abah yg ambil dia. 



alhamdulillah, proses bercakap baru bermula. lama benar ummi tgu nak dengar suara rayyan yang merdu itu.. hahaha dah makin banyak perkataan dia belajar. tapi kebanyakan perkataan yang dia sebut tu dia belajar sendiri jer. dia selalu ikut mulut kita sekarang kalau kita tak suruh. kalau kita ajar dia tak nak ikut.


contoh : bila ummi usik cicak, cicak "
boleh ja dia ikut cak cak cak "

tapi lepas tu kalu ajar panggil ummi ke, nani ke jgn harap nak ikut, abah cepat pula dia belajar, uish jeles ummi tau.. ummi jadi umma', bila nani jadi na'..

dah pandai menari, bila dengar anak kampung, untuk dia dan gangnam style.. tp ummi bukak utube versi kampung style, sbb abah xkasi bukak gangnam style, dia cakap xpaham apa bahasanya nt anak tiru pula..

bila dengar azan mesti letak tangan kat dua belah telinga.. (belum sempat nak ajar, tgk dah pandai) lega!.. 
lagi satu bila dengar lagu arab pun mesti dia letak tangan dekat dua belah telinga jugak.. hahaha ~ rayyan ingat azan jugak ker?

pantang dengar orang bersin ngan batuk. sure dia yang lebih-lebih meniru. 
suka lagu chicken dance. Suka minum air ais, sgt xbgus utk kesihatan dia tp nk buat mcm mn, abah minum tunjuk depan dia..

dan paling ummi suka semalam timbang rayyan dah naik 400gram, 10.7kg. ok la tu kan, xnak anak ummi jadi obes pula. biar ummi dah la yang terlebih berat. hahaha

bila bukak baju ja, terus letak dalam raga tepi mesin basuh, sgt good. terus masuk bilik air, main air dan sekali air dalam timba dia sedut.


aktiviti rayyan di kala malam, semua org letih layan dia, dia main sorg2 jew..
abah tgk bola, ummi baca novel. Sambil kayuh basikal sebut cang'cang' (ais kacang. ais kacang) yg ni ummi ajar.. haha

Kalau ummi cerita pasal rayyan memang xhabis. setakat ini dulu, doa ummi moga rayyan jadi anak yang baik, alim, pandai mengaji al quran. sihat, dengar cakap org tua dan jgn manja sgt. Nt kalau ada adik achener tu? hahaha :p

Sekian dari ummi
p/s : anak soleh permata ummah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...