Wednesday, October 24, 2012

Kek Batik Eggless & Al Fatihah

Asssalamualaikum dan Selamat tengahari

Mula sekali nak ucapkan takziah untuk keluarga nenek saudara aku. Jumaat lepas, dia kehilangan cucu dari anak bongsu yang bakal melahirkan anak sulong. Memang sedih kan, tambah lagi mengandungkan anak sulong, aku xdapat bayangkan macam mana la kalau terjadi atas aku. :'(

2 3 hari lepas kejadian tu, dapat berita dari saudara menantunya meninggal dunia selepas melahirkan anak sulong. Alhamdulillah, anaknya sihat. Arwah meninggal selepas koma 4 hari akibat pendarahan yang banyak. Ni baby arwah, dapat anak lelaki. Sedih bila lihat baby ni, xdapat merasai kasih sayang dari seorg ibu. Tp baby ni sudah dapat ibu susuan.

sumber: facebook

Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.

Ok berbalik pada cerita aku pula, Malam semalam ada buat kek batik, kali ni aku buat versi tanpa telur pula. Kek Batik adalah menjadi pilihan sekeluarga, pertama kali belajar buat kek adalah kek batik la. hehe tu pun belajar masa sekolah menengah lagi. 

Kek Batik Eggless
Bahan2 yg di perlukan :
Sumber : kak ana 

  •  biskut marie 200 gram ~ di patah2kan..
  • badam keping yg di sangai terlebih dahulu..
  • Susu pekat stgh tin saje.. (aku guna ¾ aje)
  • Coklat masakan 300 gram ~ kalau takde gantikan je serbuk milo pun boleh..
  • Butter 3 sudu besar..
  • Kacang ~ di kisar kasar.. 
Cara2 membuatnya :

1)      Satukan Butter + Susu Pekat + Coklat Masakan dlm periuk..
2)      Cairkan guna kaedah double boiler.. masak hingga kesemua larut dan cair.. Dah cair sila tutup api..
3)      Masukkan biskut marie yg di patah2kan td dan jugak kepingan badam ke dalam coklat cair td.. gaul biar keseluruhan biskut kena coklat cair td..
4)      Taburkan kacang kisar.. gaul rata lg..
5)      Kemudian masukkan bahan adunan td ke dalam loyang yg dah di balut dgn aluminium foil utk memudahkan proses mengeluarkan dr loyang..
6)      Tekan2 adunan tersebut sampai kesemua mampat tanpa meninggalkan sebarang ruang kosong.. aku tekan guna sudu aje..
7)      Last sekali aku taburkan lg sekali kacang kisar td atas permukaan adunan td.. takyah tekan2 pun.. just tabur gitu2 aje..
8)      Pastu apa lg.. sejukkan le dlm peti ais.. biar semalaman.. tak pun biar 4 jam le dlm peti ais kalo dah tak sabar2 sgt nak mkn.. hehhe
9)      Bila dah keras, keluarkan kek dr loyang.. potong guna pisau yg tajam..

1 comment:

MOMMYLIN said...

alfatihah... syurga menanti arwah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...