Tuesday, September 03, 2013

Kerana 20 Sen


Kerana 20 sen itu.
Ada Nelayan bakal temenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh,
Dari 20 sen itu,
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana Negara masih AMan,
Akibat 20 sen itu,
Harga barang akan melambung,
Para pembeli akan berkabung,
Para peniaga jauh menghitung,
Disana ada macai,
Kata macai,
20sen saja kira cincai.
Macai mungkin lupa yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua,
Kerana 20sen itu saja,
Semua orang akan tepuk kepala,
Dan kerana 20 sen itu saja.


Fakta :Harga minyak tak naik tapi subsidi yang turun

Selamat menikmati harga minyak yang baru..
setiap pemberian ada balasan..dulu beri hari ini ganti..
kita kena puas hati, jangan benci atau berbicara di sana sini..
Janji telah ditepati..penyelesaiannya, gunalah basikal atau jalan kaki..

1 comment:

hazlina azmi said...

kerna 20 sen ramai orang hidup susah...blogwalking...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...