Monday, October 15, 2012

Donut Mayoo

Assalamualaikum

Hari ni semangat bangun awal semata nak siapkan donut untuk bawa breakfast ke pejabat.. Kat pejabat aku, letak la apa pun semua licin, hahaha. Purata 80% semua pekerja lelaki. Sebab tu lah aku suka masak, bila ada org suka makan..
Donut ni aku amik resepi dari blog kak Azlita Masam Manis.. kat situ banyak bagi tips untuk buat donut, memang mudah la bg aku yg baru terkial-kial nk belajar kuih tradisional ni. hee :p

Lebih kurang setengah jam jugak aku uli untuk dapatkan donut yang betul2 lembut dan gebu. Dah siap semua budak kecik tu la yang rasa dulu. Habis 2 biji dia makan, alhamdulilah tu bermakna donut aku lembut~ lega! xcaya ekk? Meh sini bukak mulut nk suap. 

Kat sini aku letak resepi dan tips dari kak Azlita..

Donut Mayo

330 gram tepung gandum dapat 20 biji
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk aku guna susu segar
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula 
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil) aku guna mauripan
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

Kaedah 1~ Penggunaan Bread Maker (BM) 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

Kaedah 2 ~ Jika uli tangan
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...