Friday, November 09, 2012

Salam Jumaat Uolss

Salam Jumaat daripada aku. Sedar tak sedar kita dah pun masuk ke Jumaat yang seterusnya. Lagi satu hari yang penuh dengan kerahmatan dan keredhaan daripada Allah. 


Fuh! sebenarnya, nak stori malam nanti nak bertolak ke Johor untuk resepsi kenduri adik ipar aku. Perjalanan mengambil masa selama 12jam dari Kedah. Satu ja yang risau. Rayyan! takut dia xselesa atas bas nanti. Semua dah siap packing. Baju rayyan la paling banyak. Gambar nanti aku upload ok. Pagi ni datang kerja dulu, balik terus speed pergi rumah tokwan untuk buat minyak celak. Ni antara yang penting tau bila bawa budak kecik jejalan.


Ok dah. Aku cuma nak share dengan semua satu doa yang boleh diamalkan. InsyaAllah doa ini menjadi pendinding yang kuat daripada gangguan Syaitan tidak kira semasa tidur, berjaga mahupun membuat segala pekerjaan di dunia.


Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Semoga perjalanan pergi dan balik selamat. AMiN

2 comments:

MOMMYLIN said...

semoga selamat sampai yuyun... jauh tu yunk. :D

Ummi Rayyan said...

allene :laju benar komen. Tu la, tq na. mudah2an. selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...