Monday, November 05, 2012

Good Luck Adik!

Selamat menduduki SPM untuk adik bongsu aku.
Ketika ini ujian Bahasa Melayu kertas II di jalankan.
Buat karangan tu elok-elok ya. 
Jangan merapu ja lebih. hmmm 
Al maklumlah adik lelaki. 
Bila suh study cakap dah pandai. 
Ingat pesan abah dan mama. 
Kamu lah pencorak hidup mama, 
selepas kita kehilangan abah.

Good Luck Muhammad Ikhwan Aliff.
Buktikan pada kami 'kamu boleh
Chaiyok ! Chaiyok!

Nah! tips untuk kamu,hmm adik aku baca ka blog aku? 
Tak apalah, yang penting tu semangat

Tips Menjelang Peperiksaan
  • Tidak mensia-siakan biar pun seminit
  • Gunakan masa awal pagi
  • Buat nota ringkas
  • Mengikut jadual sepenuhnya
  • Ulang sebanyak kali yang boleh
  • Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
  • Belajar mengikut rentak sendiri 
  • Persiapan minda sebelum ulangkaji 
  • Elakkan gangguan emosi
  • Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
  • Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
  • Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan


Kesimpulannya,
Belajar adalah suatu seni. Jika kamu tahu menguasai seni tersebut , kamu boleh berjaya biar pun diri kamu mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam kamu untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Wassalam.


2 comments:

MOMMYLIN said...

adik pin pun amik spm thun ni... ;)

Ilham Ilahi said...

akak,ckap kt adik kta wish good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...